Wednesday 20 November 2013

FAKTA YANG WAJIB DIAMBIL KISAH

Assalamualaikum. 

FAKTA YANG WAJIB DIAMBIL KISAH

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?

From: Facebook

Tuesday 19 November 2013

Cara nak tau muka surat Juz Al-Quran (1-30)

Assalamualaikum. Harini Amy nak kongsi satu tips. "Cara nak tau muka surat juz Al-Quran (1-30)"

Contoh: Juz 30
Ambik juz yang kita pilih : 30 - 1 = 29
29 x 2 = 58
Ambik nombor 58, lepas tu tambah nombor 2 kat belakang dia = 582

Jadi, muka surat untuk Juz 30 ialah 582. *kalau tak percaya, cuba tgk sendiri kat Al-Quran*
Kalau nak kira untuk Juz lain, kiraan dia tetap sama.

7 Kalimah Penghapus Dosa

Assalamualaikum. Amy dah lama tak update blog ni. Nak kata sibuk sangat tu takde la. Sekarang kan dah cuti. Tanpa membuang masa, hari ni Amy nak kongsi tentang '7 Kalimah Penghapus Dosa'

Barang siapa menghafal tujuh kalimah ini, dia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampunkan dosa-dosanya walau sebesar lautan.

  1. Mengucapkan Bismillah pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucapkan Alhamdulillah pada setiap kali selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucapkan Astaghfirullah jika lidah tersilap mengatakan sesuatu yang tidak patut.
  4. Mengucapkan Insya Allah jika merencanakan untuk membuat sesuatu pada hari esok.
  5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai atau tidak diingini.
  6. Mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
"Semoga Allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang mengucapkan. Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini. Dan kemudian apabila dia mengamalkannya, maka kamu jugak akan turut serta mendapat pahalanya sehingga hari kiamat."

Amy jumpa ni kat Facebook. Amy just share je.. Harap2 ia bermanfaat. 

Wallahu A'alam.

Tuesday 8 October 2013

Kisah Syaitan Menolong Seorang Pemuda Ke Masjid

Assalamualaikum...

Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. 
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. 
Di pertengahan jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. 
Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. 
Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama.
Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.
Di tengah jalan menuju ke masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda."
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid.
Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya.
Lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama.
Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat Subuh bersama?
Lalu lelaki itu menjawab...
"Aku adalah IBLIS..."
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.
Iblis kemudian menjelaskan, "Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,
Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.
Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid.
Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU.
Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..." Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini.
Dan apabila kemudian dia mengamalkannya,
maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

Monday 7 October 2013

Saat Ketika Nazak dan Nyawa Dicabut

Assalamualaikum.

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam tubuh dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulann malaikat yang lain masuk dan menarik rohnyadari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.

Wallahu A'lam.

Friday 4 October 2013

Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat!

Assalamualaikum. Hari ni Amy ade satu kisah yang nk dikongsikan. "Kisah 6 Teka Teki Imam Al-Ghazali Yang Gagal Dijawab Dengan Tepat"

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan berbentuk teka teki :
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Kisah lewat solat

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Hari ni kisah "Lewat Solat"

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia solat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana mendengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.
Jantung hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari kiamat!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkannya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri.
Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para malaikay membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
- Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan ke rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
- Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya,
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa di bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah larang, saya tidak lakukan."
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan.
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhiranya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah.
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain."
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-quran yang telah dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat.
Tidak! Rasulullah S.A.W pernah berkata,
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka."
Dia mula menjerit,
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab.
"Saya solat anda."
"Mengapa kamu begitu lewat? Saya terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud.
Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini.
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.
Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman kelak :')